Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Latihan pusat: Lapan muka baharu antara 20 pemain dipilih


Tarikh kemaskini: 03/07/2019





KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Ketua jurulatih futsal lelaki negara, Chiew Chun Yong menyenaraikan 20 pemain termasuk lapan muka baharu, ke sesi latihan pusat skuad futsal kebangsaan selama lima hari bermula Ahad, di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, Petaling Jaya.

FAM dalam satu kenyataan memaklumkan, sesi latihan berkenaan adalah sebagai persiapan awal bagi menghadapi Kejuaraan Futsal AFF 2019 di Ho Chi Minh City, Vietnam, dari 21-27 Okt ini.

Lapan muka baharu yang dipanggil ke sesi latihan berkenaan adalah Shamsul Akmar Zamri dan Fariq Mohammad (Selangor); Aidil Shahril Rosli (Perak); Muhammad Saad Sani, Muhammad Ekmal Shahrin dan Syahman Idris (Melaka); Mulhim Muqri Faisal (Kuala Lumpur); dan pemain Pulau Pinang, Iqhmal Najmie Ismail.

FAM memaklumkan Chiew mengekalkan 12 daripada 14 pemain dari skuad yang membantu Malaysia muncul naib juara, pada Kejuaraan Futsal AFF 2018 di Yogyakarta, Indonesia, November lalu, kecuali dua pemain iaitu kapten Perak, Shamar Fadzil, dan bekas pemain Kuantan Rangers musim lalu, Yazid Kamaruzuan yang kini bermain bola sepak bersama pasukan Liga M3, DDM FC.

Empat pemain lain iaitu tiga pemain Perak, Asraf Roslan, Farikh Khabibor Rahman dan Syawal Sabaruddin, serta pemain Melaka, Tarmizi Ab Ghafar diletakkan dalam senarai menunggu, untuk menggantikan mana-mana 20 pemain, yang disahkan doktor pasukan mengalami kecederaan.

FAM menyatakan 11 pemain akan melapor diri kepada Chun Yong, Ahad ini, manakala baki sembilan lagi pemain dari Selangor, Perak dan Pulau Pinang akan melapor diri selepas berakhirnya aksi Liga Perdana Futsal Malaysia (Malaysia Premier Futsal League (MPFL), membabitkan pasukan masing-masing pada Ahad ini.

"Pemilihan pemain bagi kem latihan pusat pertama ini, dibuat berdasarkan pemerhatian Chun Yong dan barisan kejurulatihannya pada tiga Hari Perlawanan saingan MPFL 2019 yang telah bermula pada 22 Jun lalu," jelas FAM.

Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Australia, Indonesia dan Myanmar, manakala tuan rumah, Vietnam, juara bertahan, Thailand, Kemboja dan Timor-Leste, akan membuat perhitungan dalam Kumpulan A pada Kejuaraan Futsal AFF 2019 nanti.

Empat pasukan terbaik daripada kejohanan ini, layak beraksi ke Kejuaraan Futsal Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020 yang akan berlangsung di Turkmenistan dari 27 Feb hingga 8 Mac 2020.

 

Senarai 20 pelatih:

Abu Haniffa Hassan, Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin, Saiful Nizam Mohd Ali, Mohd Azwann Ismail, Ahmad Harith Naim Mohd Nasir, Muhammad Iqbal Aikal Mohd Noor, Muhammad Syafiq Hamzah (Pahang); Mohd Ridzwan Bakri, Mohd Awalludin Mat Nawi dan Muhammad Aidil Shahril Rosli (Perak).

Syed Aizad Daniel Syed Nasir, Muhammad Azri Rahman, Muhammad Shamsul Akmar Zamri, Azrul Hadee Mohd Taufiq dan Muhammad Fariq Mohammad (Selangor); Muhammad Saad Sani, Muhammad Ekmal Shahrin dan Syahman Idris (Melaka); Mulhim Muqri Faisal (Kuala Lumpur); Iqhmal Najmie Ismail (Pulau Pinang).

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel