Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pekerja syarikat minyak dan gas maut dihempap besi di Sitiawan


Tarikh kemaskini: 03/07/2019





LUMUT, 3 Julai (Bernama) -- Seorang lelaki berumur 29 tahun maut dihempap besi seberat kira-kira satu tan ketika sedang menjalankan kerja di sebuah syarikat minyak dan gas, di Kampung Acheh, Sitiawan, di sini hari ini. 

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten ACP Muhammad Hanif Othman berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada syarikat terbabit kira-kira 3.57 petang. 

“Pihak polis hadir di tempat kejadian dan mendapati mangsa telah dihempap besi semasa menjalankan pemasangan besi pelantar sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan pada badan hingga kepala," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini. 

Menurut Muhammad Hanif tiada sebarang unsur jenayah berhubung kejadian itu dan mayat dihantar ke Hospital Seri Manjung bedah siasat selain polis akan menjalankan siasatan lanjut. 

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel