Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ikut jalan-jalan, tak sangka sampai Thailand - Muhammad Saiful Aiman


Tarikh kemaskini: 03/07/2019





BESUT, 3 Julai (Bernama) -- "Saya ikut Mak Su gi jalan-jalan, tak tahu pula sampai ke Thailand,” kata kanak-kanak berusia lapan tahun, Muhammad Saiful Aiman Mohammad, yang dilapor hilang oleh keluarganya dua hari lalu.

Dia yang dijemput ibunya Siti Ruziana Sidek, 35, di Pengkalan Kubur, Kelantan pada 12.20 tengah hari tadi berkata wanita berkenaan sering bergurau dengannya dan tidak menyangka kehilangannya menimbulkan kegusaran kepada ramai pihak.

Muhammad Saiful Aiman berkata pada awalnya beliau hanya singgah di rumah wanita Thailand berusia 60-an itu dan diajak ke suatu tempat yang tidak diketahuinya.

“Sebelum ini saya selalu ikut Mak Su pergi jalan-jalan dan makan dekat kedai tapi tak tahu pula kali ini Mak Su nak balik ke kampungnya di Thailand…saya ikut Mak Su tanpa bawa sebarang pakaian mahupun duit.

“Sepanjang perjalanan ke rumah anak Mak Su, kami naik bas di Kuala Besut dan naik perahu menyeberangi sungai,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut di sini hari ini.

Isnin lepas, murid Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Besut 2 itu dilapor hilang, selepas kali terakhir dilihat menaiki kereta Perodua Kancil menghala ke arah Tok Bali, Kelantan.

Kanak-kanak itu ditemui selamat di sekitar sempadan Thailand hari ini.

Selain ibunya, turut ke Pengkalan Kubur untuk mengambil kanak-kanak itu ialah Guru Besar SK Kuala Besut 2, Zamri Mohd Noor dan dua anggota polis. Pengkalan Kubor, di Kelantan ialah kawasan sempadan antara Thailand dan Kelantan.

Sementara itu, Siti Ruziana berkata beliau bersyukur anak ketiga daripada empat beradik itu ditemui dalam keadaan selamat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP Razmi Mohd Gunnos berkata beliau percaya kes itu adalah disebabkan salah faham dan kanak-kanak itu mengikut wanita yang dikenalinya dan bukan diculik.

 -- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     

UMT anjur majlis khas untuk graduan kehilangan ibu pada hari konvokesyen

 
     

Ahmad Zahid arah keluar RM17,953,185.21 bina bangunan Yayasan Akalbudi - saksi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel