Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kren besi jatuh hempap kereta di Johor


Tarikh kemaskini: 03/07/2019




JOHOR BAHRU, 3 Julai (Bernama) -- Sebuah kren besi jatuh dan menghempap sebuah kereta di tapak pembinaan bersebelahan Hotel Holiday Villa di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) ACP Shahurinain Jais berkata kejadian yang berlaku kira-kira pukul 12.20 tengah hari tadi bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan.

"Sebuah kereta jenis Proton Wira telah dihempap oleh besi kren itu namun tiada sebarang kecederaan berlaku," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata anggota polis telah mengawal keselamatan di tempat kejadian dan usaha mengalihkan besi kren terbabit sedang dibuat oleh pihak kontraktor terlibat.

"Kes akan disiasat di bawah Peraturan 94 LN 170/59-Komponen kenderaan jatuh menyebabkan kemalangan," katanya lagi.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel