Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bekas MB harap ada kesinambungan kepada dasar yang pernah dirangka


Tarikh kemaskini: 03/07/2019





ISKANDAR PUTERI, 3 Julai (Bernama) -- Bekas Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berharap segala kesinambungan dasar yang dirangka olehnya sewaktu mentadbir Kerajaan Negeri setahun yang lepas, dapat diteruskan.

Osman, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kempas, berkata ini perlu kerana segala perubahan dalam dasar terbabit, hanya akan memakan masa yang lama.

“Kalau nak diubah balik, memakan masa. Jadi saya berharap daripada kerajaan pimpinan yang ada sekarang ini agar meneruskan kesinambungan yang telah saya buat,” katanya dalam sesi perbahasan terhadap titah Sultan Johor pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di sini, hari ini.

Menurut Osman, beliau bersedia dan malah terbuka untuk memberikan kerjasama serta nasihat kepada kepimpinan negeri dalam apa jua perkara, sekiranya diperlukan.

“Begitu juga kalau ada Ahli-Ahli Yang Berhormat (Ahli Dewan Undangan Negeri) mahukan khidmat  nasihat dan pandangan saya.

“Saya bukan orang baru dalam arena politik, lebih 42 tahun dan sudah berpenggal-penggal menjadi ADUN serta memegang beberapa jawatan.

“Jadi saya rasa apa yang ada pada saya ini sedikit sebanyak tidak rugi kalau dicurahkan dan diberikan kepada mereka yang menginginkan khidmat nasihat saya,” katanya.

-- BERNAMA  

   

 
 
     
   
 

Jho Low ajar percepat proses pengeluaran jaminan kerajaan - Saksi

 
     

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel