Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Punca gangguan kesihatan di Pasir Gudang belum dipastikan


Tarikh kemaskini: 03/07/2019





ISKANDAR PUTERI, 3 Julai (Bernama) -- Kerajaan negeri tidak dapat memastikan gangguan kesihatan yang berlaku di Pasir Gudang berpunca daripada kegiatan menanam sisa kimia di bawah tanah oleh pihak kilang. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Tan Chen Choon berkata ini kerana siasatan yang dijalankan oleh jawatankuasa teknikal dan saintifik kes itu, setakat ini, belum menemui apa-apa kesimpulan.

“Setakat ini, kita belum ada apa-apa kesimpulan dibuat sebab kita masih tidak dapat mencari punca (pencemaran).

“Kita tidak dapat mencari punca (pencemaran) kerana tiada bukti yang dapat mengaitkan punca (pencemaran)  dengan ujian-ujian darah dan urin yang diambil terhadap mangsa,” katanya kepada media di luar bilik persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di sini, hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas pendedahan seorang profesor kejuruteraan kimia, semalam, yang mendakwa pencemaran di Pasir Gudang berkemungkinan disebabkan aktiviti penanaman sisa kimia di bawah tanah oleh pihak kilang.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel