Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiga rakan didenda gantung iklan Ah Long


Tarikh kemaskini: 03/07/2019





KUANTAN, 3 Julai (Bernama) -- Tiga rakan termasuk seorang remaja masing-masing didenda RM2,200 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menggantung iklan syarikat pinjaman wang tidak berlesen, minggu lepas.

Majistret Nor Azizah Aling juga memerintahkan supaya Lee Chong Yau, 29, Fon Chong Sheng, 22, dan Gan Hong Ren, 19, menjalani hukuman penjara tujuh bulan, jika gagal menjelaskan denda itu. 

Semua mereka didakwa menggantung iklan pinjaman wang yang mengelirukan dan tidak jujur yang boleh mendorong orang awam untuk membuat atau cuba membuat pinjaman pada 2.35 petang, 27 Jun lepas di tepi jalan berhampiran Kompleks Mahkamah Kuantan di sini. 

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 29AA Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 

Berdasarkan fakta kes, perbuatan mereka disedari oleh anggota polis yang menjalankan rondaan di kawasan itu, dan pemeriksaan menjumpai 49 iklan syarikat pemberi pinjaman wang tidak berlesen bersama tertuduh. 

Pada prosiding itu, peguam Nurul Syafiqah Syeba Atan daripada Yayasan Bantuan Guaman yang mewakili semua tertuduh merayu mahkamah menjatuhkan hukuman denda minimum kerana mereka kini tidak bekerja. 

"Sebelum ditangkap mereka mengambil upah menggantung iklan syarikat pinjaman itu dengan gaji sekitar RM700 sebulan. Mereka telah insaf dan berjanji akan mencari kerja lain selepas ini," katanya. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Aiysha Na'ilah Harizan. 

Semua tertuduh menjelaskan denda tersebut. 

-- BERNAMA   


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel