Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Gangguan perkhidmatan TM di Batu Pahat dijangka pulih sepenuhnya pada 15 Julai


Tarikh kemaskini: 03/07/2019




JOHOR BAHRU, 3 Julai (Bernama) -- Telekom Malaysia (TM) memberi jaminan kerosakan teruk pada kabel utama yang menyebabkan gangguan perkhidmatan di beberapa kawasan di Batu Pahat dapat dipulihkan sepenuhnya pada 15 Julai ini ekoran kerja-kerja membaik pulih yang sedang giat dilakukan.

Antara kawasan terjejas ialah Taman Pantai, Minyak Beku, Taman Ampuan, Taman Joseph, Taman Sri Pantai, Taman Batu Pahat, Taman Maju, Taman Makmur, Taman Soga, Taman Emas, Parit Kangkong, Kampung Petani, Taman Banang Ria, Taman Banang Heights, Taman Nira, Taman Damai, Parit Lapis Darat dan Parit Gantong.

“Perkhidmatan tersebut dapat dipulihkan secara berperingkat. Perkhidmatan di beberapa kawasan yang terjejas telahpun dipulihkan,” kata TM dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

“TM juga memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi serta mengucapkan terima kasih atas kesabaran pelanggan sepanjang tempoh gangguan itu,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan,  para pelanggan boleh menghubungi menerusi Live Chat di unifi.com.my/chat ataupun menghantar mesej di laman  facebook.com/weareunifi.

Pelanggan juga boleh emel  ke help@tm.com.my ataupun menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan TM di talian 100 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel