y-V3HaeiNb0 Kanak-kanak hilang di Kuala Besut dijumpai
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kanak-kanak hilang di Kuala Besut dijumpai


Tarikh kemaskini: 03/07/2019




KUALA BESUT, 3 Julai (Bernama) -- Kanak-kanak berusia lapan tahun, Muhammad Saiful Aiman Mohammad, yang dilaporkan hilang dua hari lepas ditemui selamat di sekitar sempadan Thailand.

Perkara itu dimaklumkan kepada Bernama oleh ibunya, Siti Ruziana Sidek, 35, ketika ditemui di rumahnya sebentar tadi.

Siti Ruziana berkata, penemuan anak ketiganya  daripada empat adik beradik dimaklumkan kepadanya oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman serta beberapa kenalan.

Katanya, seorang guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Besut 2, bersama anggota polis akan membawanya ke Pengkalan Kubur iaitu kawasan sempadan antara Kelantan dan Thailand pagi ini.

 "Muhammad Saiful Aiman akan dibawa balik nanti dan saya dimaklumkan beliau ditemui oleh beberapa orang kenalan dari Kuala Besut, " katanya yang sempat melahirkan rasa syukur kerana anaknya juga berada dalam keadaan sihat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi ketika dihubungi mengesahkan penemuan kanak-kanak itu namun tiada maklumat lanjut setakat ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel