Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sabah tubuh jawatankuasa khas perinci keputusan ambilalih Projek Lebuhraya Pan Borneo


Tarikh kemaskini: 02/07/2019





KOTA KINABALU, 2 Julai (Bernama) -- Sebuah jawatankuasa akan ditubuh di peringkat negeri bagi memperinci pengambilalihan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah .

Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony berkata jawatankuasa itu akan diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri dan dianggotai oleh pegawai dari Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Kementerian Kewangan Sabah , Kementerian Pembangunan Infrastruktur negeri dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah.

Ia susulan keputusan Kementerian Kerja Raya mengambil alih sepenuhnya pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah menjelang akhir September ini yang diumumkan oleh menterinya Baru Bian pada Sabtu lepas.

"Apabila siap dibentuk, kita akan umum hasilnya sebelum pelaksanaan kesemua kerja (Lebuhraya Pan Borne) bermula September nanti," katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat eksekutif Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) di sini, hari ini.

Peter berkata berikutan keputusan Kementerian, JKR Sabah akan menyelia penuh pelaksanaan kerja pembinaan lebuh raya tersebut.

Mengenai kontraktor yang sudah dilantik melaksanakan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, beliau berkata pembinaan lebuh raya itu mempunyai pakej lama dan baharu.

"Pelaksanaan pakej lama oleh kontraktor lama di fasa akhir dan kita akan teliti sama ada mereka melaksanakan kerja itu mengikut jangka masa yang ditetapkan.

"Jika kerja tidak dilaksanakan dengan baik dan ada cadangan baharu dibuat mungkin perlu mencari kontraktor penyelamat," katanya.

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel