Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerjasama ibubapa OKU dengan jabatan kerajaan penting untuk masa depan anak - ADUN Nabawan


Tarikh kemaskini: 02/07/2019





NABAWAN, 2 Julai (Bernama) -- Jalinan ibubapa golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dengan jabatan-jabatan berkepentingan dalam menyokong aktiviti Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) sangat penting bagi memastikan masa depan anak mereka lebih terjamin.

 Anggota Dewan Undangan Negeri Nabawan Bobbey Suan berkata PPDK merupakan satu-satunya pertubuhan yang aktif dalam menyediakan peluang pendidikan dan kemahiran yang amat diperlukan oleh anak-anak istimewa itu.

"Keterlibatan dalam program PPDK membuatkan golongan anak-anak OKU tidak merasa tersisih di kalangan masyarakat, oleh itu peranan ibubapa membawa anak mereka dalam kegiatan yang berfaedah amat penting," katanya kepada pemberita pada satu majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri di sini, hari ini.

"Di samping itu kerjasama jabatan seperti kesihatan, kebajikan dan agensi lain memberi idea bernas, agar OKU dapat menikmati keistimewaan mereka dalam kalangan masyarakat umum,” tambahnya.

Bobbey berkata kejayaan PPDK memberi bantuan kepada  seramai 250 OKU di daerah itu sehingga kini membuktikan bahawa pertubuhan itu benar-benar fokus kepada peranan dan tanggungjawab untuk membantu anak-anak istimewa ini.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Aloysious Jounoh usahawan roti tempatan di Tuaran

 
     

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel