Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Unit Cypark terbit sukuk RM550 juta biaya projek solar


Tarikh kemaskini: 02/07/2019





KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Cypark Resources Bhd, merancang untuk menerbitkan sukuk mapan dan bertanggungjawab (SRI) di bawah program Sukuk Murabahah dengan nilai nominal sehingga RM550 juta bagi membiayai projek loji tenaga solar miliknya.

Menurut kumpulan bersepadu tenaga boleh diperbaharui itu, sukuk terbitan Cypark Ref Sdn Bhd akan membabitkan tempoh sehingga 22 tahun bermula dari tarikh terbitannya.

Hasil terbitan itu akan digunakan bagi membiayai sebahagian reka bentuk, kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pengoperasian, pemilikan, operasi dan penyelenggaraan membabitkan tiga projek jana kuasa fotovoltan solar 30 MWAC (megawatt, arus ulang-alik), katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Ini akan turut digunakan bagi membiayai bayaran keuntungan sukuk ketika tempoh pembinaan dan bagi pembiayaan baki minimum awal diperlukan untuk dideposit ke dalam Akaun Rizab Khidmat Kewangan serta bagi menampung perbelanjaan berkaitan terbitan sukuk tersebut.

Maybank Investment Bank Bhd merupakan penasihat prinsipal, pengatur dan pengurus utama bagi program sukuk itu.

Bank pelaburan itu telah menyerahkan semua maklumat berkaitan program sukuk itu kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia hari ini di bawah garis panduan dan produk modal pasaran tidak tersenarai yang ditetapkan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel