Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Levi pelepasan mungkin dilaksanakan pada September - Amiruddin


Tarikh kemaskini: 02/07/2019





 

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Kerajaan dijangka melaksanakan levi pelepasan pada September ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah.

Beliau berkata kerajaan akan mempertimbangkan kategori levi pelepasan berdasarkan kelas tiket penerbangan.

"Ia mungkin dilaksanakan selepas musim haji .... mungkin pada September.

"Bagaimanapun, semua cadangan akan diambil kira dan dibentangkan sebelum Kabinet membuat keputusan. Setakat ini belum ada keputusan, "  levi lepasan berdasarkan kelas tiket penerbangan,” kata beliau kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Rang Undang-undang Levi Pelepasan 2019 telah diluluskan oleh Parlimen pada April, yang antara lain akan menyediakan peruntukan untuk mengenakan levi pelepasan ke atas mana-mana orang yang meninggalkan negara dan perkara-perkara lain yang berkaitan.

Semasa membentangkan Belanjawan 2019, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mencadangkan supaya levi pelepasan dikenakan pada kadar RM20 seorang untuk penumpang yang terbang ke negara anggota ASEAN dan RM40 ke negara lain.

-- BERNAMA

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel