Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kementerian Wilayah Persekutuan bakal perkenal skim mikrokredit bantu golongan B40, asnaf


Tarikh kemaskini: 02/07/2019




KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Kementerian Wilayah Persekutuan akan memperkenalkan bantuan kewangan secara skim mikrokredit bagi membantu golongan berpendapatan rendah B40 dan asnaf di ibu kota yang ingin memulakan perniagaan.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh berkata bantuan kewangan berkenaan yang akan dilancarkan selewat-lewatnya pada hujung tahun ini bertujuan membela nasib golongan kurang berkemampuan.

“Sekarang kita sedang berbincang dengan Yayasan Wilayah Persekutuan untuk mengadakan skim mikrokredit ini. Kita (Kementerian Wilayah Persekutuan) juga ada unit sosioekonomi yang akan memberi latihan mengenai perniagaan kepada golongan ini.

“Tujuan kita adalah membantu mereka memulakan perniagaan dan bagi yang telah berkecimpung (dalam perniagaan), kita mahu tambahkan lagi modal kepada mereka. Jumlah kredit yang akan diberikan belum dibincangkan tetapi minimum adalah sekitar RM2,000 hingga RM10,000 sebagai permulaan,” katanya.

Shahruddin berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Mesraraya meraikan Warga Istimewa dan Rakan Media anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Persatuan Usahawan Wanita dan Kemanusiaan (WeHuman) di sini, hari ini.

Sementara itu, Presiden PPIM, Datuk Nadzim Johan pada majlis itu mengajak pengguna menyahut seruan kempen kesedaran #stoppembaziran yang dilancarkan PPIM 25 Jun lepas.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel