Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pelan rancangan tingkat penyertaan wanita dalam sukan Disember ini


Tarikh kemaskini: 02/07/2019





PUTRAJAYA, 2 Julai (Bernama) -- Pelan rancangan untuk meningkatkan penyertaan lebih ramai wanita dalam bidang sukan akan dibentangkan pada Disember ini, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata kementeriannya kini dalam proses perbincangan dengan pelbagai pihak berkaitan berhubung perancangan itu yang antara lain berhasrat melihat lebih ramai wanita menyertai sukan pada 2020.  

"Kita mahu memastikan penyertaan kaum wanita dalam bidang sukan ditingkatkan dengan ketara, dan saya percaya potensinya cukup besar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan mesra bulanan kementeriannya di sini hari ini.

Selain memperkasa pembabitan kaum wanita dalam bidang sukan, Syed Saddiq berkata penyertaan kaum wanita dalam lembaga dan pengurusan tertinggi Majlis Sukan Negara (MSN) juga perlu ditingkatkan.

Sementara itu merujuk kepada persiapan pasukan Malaysia bagi Olimpik Tokyo 2020 di Jepun, Syed Saddiq berkata persiapan berjalan lancar dengan melibatkan kerjasama baik MSN dan Institut Sukan Negara (ISN).

"Sekarang sudah ada beberapa acara yang kita tahu siapa yang akan disahkan masuk (Olimpik), dan ada beberapa yang masih belum tamat lagi dengan sesi kelayakan,” katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel