Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kilang diarah henti operasi kerana lepas cecair kimia tidak ikut prosedur - Exco


Tarikh kemaskini: 02/07/2019





NILAI, 2 Julai (Bernama) -- Sebuah kilang memproses aluminium di sini diarahkan menutup operasi selama 14 hari selepas didapati melepaskan cecair dipercayai bahan kimia tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan. 

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan S. Veerapan berkata arahan itu dikeluarkan melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan yang mendapati kilang yang telah lima tahun beroperasi itu membuang bahan kimia di kawasan yang tidak dibenarkan. 

"Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati, kilang tersebut melepaskan sisa buangan dipercayai bahan kimia ke dalam sebuah kolam yang terletak di belakang kilang tersebut. Kedalaman kolam tersebut dianggarkan sedalam satu meter dan keluasan kolam tersebut lebih kurang tiga ekar (satu hektar).

"Akibat daripada pembuangan sisa tersebut, ia telah menyebabkan pokok di sekitar kawasan itu mati dan kita yakin jika ia dibiarkan boleh memberi kesan kepada alam sekitar di kawasan ini," katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan di kawasan perindustrian Pajam dekat sini, hari ini.

Turut menyertai pemeriksaan itu ialah Pengarah JAS negeri, Norhazni Mat Sari.

Selain itu, Veerapan berkata kilang tersebut juga diarahkan untuk melakukan pembersihan sisa buangan tersebut dan jika gagal, penahanan tempoh operasi boleh dilanjutkan.

“JAS sedang menyiasat perkara tersebut dengan lebih lanjut sebelum dibawa ke muka pengadilan dan tindakan akan diambil mengikut Seksyen 34B dan 25(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974," katanya.

Veerapan berkata JAS juga akan menghantar sampel cecair sisa buangan itu kepada Jabatan Kimia untuk dikenal pasti jenis bahan kimia yang terkandung dalam sisa berkenaan. 

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel