Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Melaka, Negeri Sembilan meterai perjanjian sempadan darat


Tarikh kemaskini: 02/07/2019





PUTRAJAYA, 2 Julai (Bernama) -- Melaka dan Negeri Sembilan hari ini memeterai perjanjian sempadan darat antara kedua-dua negeri itu, melibatkan jajaran sepanjang 89.1 kilometer.

Majlis menandatangani memorandum persefahaman dan perjanjian sempadan yang disaksikan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar itu berlangsung di Perdana Putra di sini, dengan Melaka diwakili oleh Ketua Menterinya, Adly Zahari, manakala Negeri Sembilan di wakili Menteri Besarnya Datuk Seri Aminuddin Harun.

Dr Xavier berkata dengan termeterainya perjanjian itu, Melaka dan Negeri Sembilan akan memulakan rundingan penentuan sempadan maritim antara negeri hingga ke had tiga batu nautika (laut wilayah negeri) dengan memberikan tumpuan kepada garisan sempadan maritim.

"Penyelesaian sempadan antara negeri sangat dititikberatkan oleh kerajaan pusat kerana penentuan jajaran muktamad membolehkan kerajaan negeri mentadbir dan melaksanakan pembangunan sekitar sempadan dengan teratur dan terancang.

"Menerusi perjanjian ini, aktiviti kawalan dan pemantauan daripada pencerobohan dan penerokaan tanah-tanah kerajaan secara haram serta penguatkuasaan di kawasan persempadanan juga dapat dipermudahkan," katanya dalam sidang media selepas pemeteraian perjanjian itu.

Beliau berkata jarak keseluruhan jajaran sempadan antara Melaka dan Negeri Sembilan sejauh 89.1km itu bermula dari Lubok Kedondong ke Muara Sungai Linggi.

Katanya kerja-kerja penandaan dan pengukuran dilaksanakan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) selaku competent authority dalam hal ehwal persempadanan mulai 2 Feb 2015 hingga 16 Dis 2015.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel