Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemandu lori maut di Kluang


Tarikh kemaskini: 02/07/2019





KLUANG, 2 Julai (Bernama) -- Seorang lelaki maut setelah lori yang dipandunya terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Teknologi 1, Kawasan Perindustrian Mengkibol, di sini, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohd Abduh Ismail berkata, lelaki warganegara India itu dikenali sebagai Madheswaran Raju, 24, yang beralamat di Taman Sri Segambut, Kuala Lumpur.

Siasatan awal menunjukkan bahawa lori yang dipandu mangsa telah hilang kawalan sebelum terbabas ke bahagian kiri jalan dan merempuh tembok serta terbalik di longkang, tepi jalan. Lokasi kejadian adalah jalan simpang tiga, jalan kering dan bertar serta mempunyai garisan putus-putus. 

“Lori berkenaan mengalami kerosakan di bahagian hadapan sebelah kiri, sementara bahagian atasnya remuk teruk. Mangsa mengalami kecederaan agak parah di bahagian muka dan kepala serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Mohd Abduh lagi, mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) Kluang untuk proses dokumentasi dan bedah siasat.

“Lori mangsa kemudian dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk pemeriksaan lanjut dan kes kemalangan ini akan disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel