Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mayat warga emas ditemui reput di kebun kelapa sawit di Parit Sulong


Tarikh kemaskini: 02/07/2019





BATU PAHAT, 2 Julai (Bernama) -- Mayat seorang lelaki warga emas ditemui dalam keadaan reput di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Parit Mohamad, Parit Sulong, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Azhan Abdul Halim berkata sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian sebaik sahaja dihubungi penduduk yang menemui mayat lelaki berusia 65 tahun itu kira-kira 5.30 petang.

Lelaki warga tempatan itu dipercayai sudah lama meninggal dunia.

“Hasil siasatan mendapati mayat lelaki terbabit berada dalam keadaan mereput, lengkap berpakaian dan (polis) turut menemui sebuah motosikal yang dipercayai digunakan si mati ke kebun kelapa sawit itu.

“Pemeriksaan awal oleh pihak polis tidak menemui sebarang kecederaan fizikal pada mayat berkenaan, tiada sebarang senjata berbahaya dan tiada sebarang unsur jenayah di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Azhan berkata siasatan mendapati mangsa adalah pesara penguat kuasa Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) yang menetap di bandar ini dan bekerja mengambil upah melakukan kerja-kerja pertanian dan pembersihan di beberapa kebun kelapa sawit di sekitar Parit Sulong selepas persaraannya.

“Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kes (kematian) mengejut dan pihak polis tiada menerima laporan yang dibuat oleh keluarga mangsa berkaitan kehilangannya sebelum ini,” katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel