Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penganjur acara digesa tidak perlu bimbang mengenai pembiayaan


Tarikh kemaskini: 02/07/2019




SIBU, 2 Julai (Bernama) -- Penganjur acara di Sarawak tidak perlu bimbang mengenai pembiayaan untuk mengadakan persidangan antarabangsa atau seminar di Sibu.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kerajaan negeri akan menyokong mereka jika mereka mempunyai idea yang baik untuk menarik pengunjung global untuk berhimpun di bandar yang sebelum ini terkenal dengan produk kayu. 

“Tidak perlu bimbang mengenainya. Jika anda mempunyai idea yang baik, kerajaan negeri sentiasa menyokong anda,” katanya.

Beliau berkata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, yang pernah memegang portfolio pelancongan, tidak pernah berkata tidak apabila terdapat permintaan pembiayaan untuk acara yang dapat mempromosikan pelancongan di negeri ini.

Abdul Karim berkata demikian pada Business Events Sarawak (BESarawak) Tribal Gathering di sini hari ini, yang menyaksikan perasmian Business Events Consortium of Sibu (BECos) dan pelancaran peraduan ‘I Want to Discover Sarawak’.

BESarawak, syarikat bukan berasaskan keuntungan ditubuhkan pada 2006 oleh kerajaan negeri untuk membawa Sarawak ke barisan hadapan sebagai destinasi kompetitif untuk mesyuarat antarabangsa, menggalakkan pengembangan keupayaan acara perniagaan ke bandar utama lain di Sarawak dengan Sibu sebagai titik permulaannya.

Penubuhan BECos, yang dipengerusikan oleh bekas Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu Robert Lau Hui Yew, akan menyokong kemampuan Sibu untuk menganjurkan persidangan, menjadi pemangkin kepada persidangan baharu dan memanfaatkan pengaruhnya sebagai ‘heavyweight’ berasaskan industri di rantau ini.

“Ia adalah destinasi yang amat sesuai untuk acara perniagaan dan pelancongan bergabung, menjadi tempat agak baharu untuk acara perniagaan.

“Kita perlu menyedarinya untuk meningkatkan kesedaran mengenai Sibu dan keupayaannya bukan sahaja menjadi destinasi acara perniagaan yang akan datang tetapi juga lokasi seterusnya untuk pelancongan,” kata Abdul Karim.

Beliau menggesa BESarawak untuk mempunyai rangkaian yang baik dengan penggiat industri pelancongan di Sibu untuk mengetengahkan produk pelancongan yang ada berikutan mereka memainkan peranan penting untuk mempengaruhi komuniti global membuat keputusan datang menghadiri persidangan di sini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Aloysious Jounoh usahawan roti tempatan di Tuaran

 
     

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel