Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sasaran satu juta rumah mampu milik dalam 10 tahun boleh dicapai - REHDA


Tarikh kemaskini: 02/07/2019





PETALING JAYA, 2 Julai (Bernama) -- Sasaran kerajaan untuk membina satu juta unit rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun adalah boleh dicapai, menurut Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Malaysia.

Naib Presiden, Datuk N K Tong berkata bagaimanapun, orang ramai perlu memberi masa kepada pentadbiran kerajaan yang baharu.

“Satu juta rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun boleh dicapai sekiranya ada keazaman yang penuh dan saya berpandangan kerajaan ini memilikinya.

“Bagaimanapun, saya menjangkakan 100,000 unit pertama kediaman itu tidak akan disiapkan dalam tahun pertama. Berasaskan pandangan praktikal, tempoh pembinaan bagi pembangunan itu boleh mengambil masa sehingga empat tahun,” katanya dalam sidang media mengenai persidangan Bandar Lestari Berkelas Dunia (WCSC) 2019 yang akan diadakan, di sini, hari ini.

Beliau berkata kerajaan akan melibat urus pihak berkepentingan, termasuk pemaju, persatuan pembeli rumah dan pelbagai badan kerajaan.

WCSC 2019 bertema ‘NEXT: KL2040’ akan memperincikan bagaimana Kuala Lumpur dan bandar lain boleh bersedia bagi menghadapi cabaran ke arah menjadi bandar lestari dan sesuai didiami berkelas dunia.

Persidangan antarabangsa sehari itu akan diadakan pada 19 Sept ini di sini.

WCSC 2019 bertujuan menyediakan platform yang bersifat konstruktif, terangkum dan aspirasi, serta sebagai arena rangkaian strategik untuk pengurus, perancang, arkitek, jurutera bandar selain pihak berkepentingan lain.

Acara itu dianjurkan bersama REHDA Kuala Lumpur, Pertubuhan Perancang Malaysia serta Pertubuhan Arkitek Malaysia.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Wakil jabatan audit mengaku rakam mesyuarat "pinda laporan audit 1MDB"

 
     

Pasukan audit 1MDB terkejut dengar gugur penyata kewangan - Saksi

 
     

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel