Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sarawak menunggu dana persekutuan untuk melatih hampir 3,000 guru


Tarikh kemaskini: 02/07/2019




KUCHING, 2 Julai (Bernama) -- Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi negeri masih menunggu dana daripada Kerajaan Persekutuan sebelum memulakan latihan kepada kira-kira 3,000 guru seluruh negeri ini untuk mengajar dalam bahasa Inggeris sebagai medium arahan untuk mata pelajaran Matematik dan Sains di sekolah rendah mulai Januari tahun hadapan.

Menterinya, Datuk Seri Michael Manyin berkata, pada masa sekarang kementerian berkenaan sedang menyiapkan modul dan mengenalpasti jumlah kos bagi latihan berkenaan serta kos mencetak bahan.

“Jadi kami masih menunggu jumlah yang sebenar. Manakala latihan bagi guru berkenaan akan dilaksanakan di Kuching di sini.

“Kami telah mengenalpasti 2,687 guru bagi sekolah rendah tahun hadapan untuk mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pengetua Sekolah Menengah Sarawak ke-54 di sini, hari ini.

Beliau berkata, latihan itu akan dikendalikan oleh pensyarah dari Institut Pendidikan Guru di sekitar Sarawak.

“Latihan itu akan diadakan kira-kira dua minggu tetapi itu bukanlah yang mutakhir. Bagi mereka yang masih ragu-ragu kami akan beri lagi latihan lanjutan kerana kami mahu memastikan program berkenaan akan berjaya,” katanya.

Sebelum ini, Jabatan Pendidikan negeri juga diarah mendapatkan persetujuan dan maklumbalas daripada ibu bapa mengenai penggunaan bahasa Inggeris sebagai medium arahan dalam kedua-dua mata pelajaran itu, yang akan menjadi lebih mudah untuk diajar memandangkan ia melibatkan nama-nama teknikal sahaja dan kedudukan pentingnya sebagai bahasa utama global.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Aloysious Jounoh usahawan roti tempatan di Tuaran

 
     

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel