Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sahabat PTPTN di Sabah perolehi komisyen lebih RM55,000


Tarikh kemaskini: 02/07/2019





KOTA KINABALU, 2 Julai (Bernama) -- Sejumlah RM55,595 komisyen yang diperolehi oleh Sahabat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui program Sahabat PTPTN bagi negeri Sabah telah disalurkan kepada akaun agensi mahupun persatuan yang berdaftar dengan PTPTN.

Pengurus Besar Negeri PTPTN Sabah Muliati Kamaruddin berkata jumlah komisyen itu diterima sehingga Mei lalu daripada Sahabat PTPTN di negeri itu.

“Sahabat PTPTN adalah program yang diinspirasikan oleh PTPTN bagi menjalinkan kerjasama dengan rakan strategik dalam kalangan agensi kerajaan, swasta, persatuan, kelab, koperasi dan pertubuhan sebagai medium menggalakkan pelaksanaan pembayaran balik PTPTN. 

“Selain itu bagi menggalakkan membuka akaun SSPN-i/SSPNi Plus dan menambah deposit melalui potongan gaji,” katanya ketika berucap pada majlis meraikan Sahabat PTPTN di sini, hari ini.

Sahabat PTPTN adalah program yang disertai agensi kerajaan dan swasta yang membantu melakukan kutipan bayaran balik pembiayaan pendidikan secara potongan gaji dan pembukaan akaun SSPN-i kepada kakitangan masing-masing.

Muliati berkata setakat ini lebih 300 agensi Sahabat PTPTN di Sabah yang aktif antaranya Hospital Keningau, Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Beliau berkata  kerjasama itu diperluaskan lagi kepada beberapa agensi dengan menjadikan SSPN sebagai hadiah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) antaranya Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

--BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel