Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mayat lelaki jatuh feri ditemukan


Tarikh kemaskini: 02/07/2019





BUTTERWORTH, 2 Julai (Bernama) -- Mayat seorang penumpang sebuah feri yang dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika berada di atas feri dari terminal feri Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth menghala ke Pangkalan Raja Tun Uda, George Town di sini semalam, ditemukan nelayan hari ini.

Mayat Tham Kok Keong, 47, dijumpai dalam keadaan terapung kira-kira pukul 10.40 pagi di Persiaran Gurney, kira-kira 4.8 kilometer dari tempat dia dilaporkan terjatuh, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Noorzainy Mohd Nor.

"Hasil pengecaman awal berdasarkan kad pengenalan mangsa mendapati mayat itu adalah lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika berada di atas feri Pulau Kapas dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang semalam," katanya di sini.

Menurutnya mayat mangsa telah dibawa ke Jeti Pangkalan Sultan Abdul Halim di sini sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.

Katanya berdasarkan maklumat yang diperoleh, mangsa bekerja sebagai pengurus ejen logistik di George Town yang telah berpisah dengan isterinya dan mempunyai dua orang anak.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel