Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bomba selamatkan bayi terkunci dalam kereta


Tarikh kemaskini: 02/07/2019





KOTA SAMARAHAN, 2 Julai (Bernama) --Tindakan pantas anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan telah menyelamatkan seorang bayi perempuan berusia empat bulan yang terperangkap dalam sebuah kereta di sini pagi ini.

Pihak bomba diketuai Komander Operasi PB Meor Azrulhafiz mengambil masa lima minit untuk membuka pintu kereta yang diletak di Tadika Insan Gemilang, Taman Palm Villa di sini.

“Bayi tersebut yang terkunci selama tujuh minit selamat dan telah diserahkan kepada kepada ibunya," menurut satu kenyataan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak hari ini.

Dalam kejadian pada 8.25 pagi itu, ibu bayi berkenaan menghantar dua orang anak perempuan, masing-masing berusia tiga dan empat tahun, ke tadika tersebut tetapi terlupa bayinya tertinggal dalam kereta.

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     

Sultan Nazrin rasmi klinik kesihatan Simpang

 
     

Dua warga emas lari lebih 500km sempena Hari Kebangsaan ke-62

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel