AMnb7_igyqI Pembelajaran di Pasir Gudang tenang, berjalan lancar
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pembelajaran di Pasir Gudang tenang, berjalan lancar


Tarikh kemaskini: 02/07/2019





JOHOR BAHRU, 2 Julai (Bernama) -- Sesi pembelajaran di beberapa sekolah di kawasan Pasir Gudang hari ini dilihat berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden muntah-muntah dan sesak nafas.

Tinjauan Bernama lebih sejam mendapati sekitar kawasan sekolah di sini juga tenang dan sesi persekolahan berjalan seperti biasa.

Seorang pengawal keselamatan sekolah yang hanya mahu dikenali sebagai Rashid berkata setakat pagi ini, tiada pelajar atau guru yang mengadu mengalami sesak nafas atau pening-pening.

"Kalau awal-awal dulu, pagi-pagi dah ramai yang mengadu sakit kepala pening tapi setakat ini, alhamdulillah tiada sebarang masalah," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tinjauan suasana di sebuah sekolah agama di kawasan berdekatan juga mendapati keadaan kembali normal dan kelihatan ibu bapa datang menunggu untuk mengambil anak masing-masing selesai sesi pembelajaran.

Selain itu, tinjauan di sekitar Pasir Gudang juga kelihatan para peniaga menjalankan perniagaan di kawasan masing masing dan orang ramai meneruskan pekerjaan dan urusan mereka seperti biasa.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel