Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PPM Kota Kinabalu kesan juragan, kru bot terlibat dadah


Tarikh kemaskini: 02/07/2019





KOTA KINABALU, 2 Julai (Bernama) -- Pasukan Polis Marin (PPM) Kota Kinabalu telah menjalankan operasi mengesan juragan dan kru bot disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Kinabalu, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata sebanyak 22 bot termasuk bot penambang, bot nelayan pukat tunda, bot nelayan motor dan bot jongkong terlibat dalam operasi yang dijalankan di kawasan Pelabuhan Selat Selatan Kota Kinabalu kira-kira 9 pagi itu.

“Seramai 101 orang (juragan dan kru bot) telah diperiksa merangkumi 65 warga tempatan, 28 warga Filipina berdaftar dan lapan warga Indonesia berdaftar.

“Daripada jumlah itu, seramai enam orang didapati positif dadah jenis methamphetamine hasil daripada ujian saringan awal di pangkalan PPM Kota Kinabalu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kesemua enam individu terbabit ditahan dan telah dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Aloysious Jounoh usahawan roti tempatan di Tuaran

 
     

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel