Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kanak-kanak dua tahun lemas jatuh kolam di rumah terbuka


Tarikh kemaskini: 02/07/2019





KUALA KANGSAR , 1 Julai (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun lemas selepas terjatuh ke dalam kolam hiasan di sebuah rumah di Kampung Labu Kubong, Kuala Kangsar dekat sini, petang semalam. 

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Razali Ibrahim berkata mangsa Muhammad Aqil Irfan Muhammad Haffiez disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh pada pukul 1 pagi tadi selepas dirujuk oleh Hospital Kuala Kangsar. 

"Mangsa pergi ke majlis Aidilfitri di rumah itu bersama ibunya yang berumur 38 tahun pada pukul 10 pagi semalam dan pada kira-kira pukul 2.45 petang, salah seorang saudara mangsa menjerit meminta tolong apabila melihat Muhammad Aqil Irfan dalam keadaan tertiarap di dalam kolam itu," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Razali berkata ketika kejadian ibu mangsa berada di dalam rumah, manakala mangsa berada di luar untuk bermain dengan saudara mara yang lain tanpa pengawasan. 

"Kebanyakan kanak-kanak bermain di luar rumah manakala ibu bapa mereka berada di dalam rumah ketika kejadian malah tiada orang yang menjaga mangsa atau melihat mangsa bermain di kolam buatan milik tuan rumah berkedalaman dua kaki untuk membela ikan" katanya. 

Menurut Razali mangsa yang disahkan meninggal dunia akibat kecederaan otak yang teruk selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pulau, Padang Rengas.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel