Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Judi dalam talian: 56 individu warga asing ditahan


Tarikh kemaskini: 01/07/2019





KAJANG, 1 Julai (Bernama) -- Satu sindiket perjudian dalam talian antarabangsa tumpas apabila 56 individu warga asing termasuk lapan daripadanya wanita ditahan polis dalam serbuan di sebuah unit kondominium di Sungai Long, dekat sini, pada Rabu lepas. 

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata hasil maklumat dan risikan, pihaknya melakukan serbuan di lokasi itu pada kira-kira 12.30 tengah malam hari berkenaan. 

Beliau berkata semasa serbuan, pihaknya mendapati sekumpulan lelaki dan wanita dipercayai warga China itu sedang sibuk melakukan urus niaga judi dalam talian menggunakan telefon bimbit dan komputer riba. 

“Pemeriksaan dilakukan mendapati semua suspek terbabit yang berusia 18 hingga 56 tahun tiada dokumen pengenalan diri dan dokumen perjalanan sah,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini. 

Ahmad Dzaffir berkata siasatan mendapati sindiket itu menjalankan kegiatan judi dalam talian rangkaian antarabangsa di Kanada, China dan Hong Kong sejak kira-kira dua bulan lepas. 

Sindiket ini dipercayai meraih kutipan pertaruhan mencecah 500,000 Yuan atau bersamaan (RM300,000) setiap hari manakala pekerja diberi upah lingkungan RM4,000 hingga RM7,000 sebulan.

“Dalam serbuan itu, kami juga merampas 30 komputer riba, 45 telefon bimbit dan dua modem internet yang digunakan untuk kegiatan terbabit,” katanya. 

Beliau berkata kesemua suspek yang ditahan dibawa ke IPD Kajang untuk tindakan lanjut dan direman selama empat hari.

Ahmad Dzaffir berkata kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) (C), (D) dan (E) Akta Pertaruhan 1953.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     

Jangan jadikan tahfiz pusat pemulihan akhlak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel