Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APMM Pahang tumpas cubaan seludup 2,000 karton rokok


Tarikh kemaskini: 01/07/2019





KUANTAN, 1 Julai (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pahang menumpas cubaan menyeludup 2,000 karton rokok yang dianggarkan bernilai RM300,000 termasuk cukai di perairan Kuala Rompin dekat sini, Jumaat lepas. 

Timbalan Pengarah Maritim Pahang (Operasi) APMM Pahang, Kapten Maritim V. Pannir Selvan berkata rokok jenama Force 10 dan Double 7 dipercayai ditinggalkan di tepi Pantai Batu 7, Kuala Rompin oleh dua suspek lelaki yang menyedari kehadiran anggota penguatkuasaan. 

Serbuan pada 11.30 malam itu susulan risikan selama enam bulan oleh APMM, selain dibantu dengan maklumat orang awam. 

"Dua lelaki menaiki bot fiber dipercayai membawa rokok seludup ke lori yang menunggu di tepi jalan. Bagaimanapun, sebaik sahaja menyedari kehadiran APMM, dua lelaki itu terus memecut bot mereka ke tengah laut. Bot APMM cuba mengejar, namun tidak berjaya. 

"Lori yang menunggu di tepi jalan juga dilihat terus meninggalkan lokasi dan pemeriksaan APMM di kawasan sekitar menemui rokok itu yang dipercayai tidak sempat dipunggah ke dalam lori," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat APMM di sini, hari ini.

Pannir Selvan berkata pihaknya percaya rokok itu akan diagihkan ke sekitar Pantai Timur dan Selatan. 

Kes masih disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan akan dirujuk kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tindakan lanjut, katanya.

Beliau memaklumkan setakat Jun lepas, APMM Pahang telah memeriksa 565 bot nelayan dan melakukan 46 tangkapan membabitkan 40 bot nelayan Vietnam, tiga bot nelayan tempatan manakala bakinya dari lain-lain negara, atas pelbagai kesalahan. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel