Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kira-kira 10 peratus umat Islam Johor amal fahaman liberalisme - exco agama


Tarikh kemaskini: 01/07/2019




ISKANDAR PUTERI, 1 Julai (Bernama) -- Dewan Undangan Negeri Johor hari ini diberitahu kira-kira 10 peratus umat Islam di negeri ini mengamalkan fahaman liberalisme.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi berkata hasil siasatan pasukan khas menangani fahaman itu yang ditubuhkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) awal tahun ini mendapati rata-rata mereka berumur antara 40 dan 50 tahun serta merupakan golongan intelektual seperti pensyarah dan jurutera.

"Fahaman liberalisme ini masih terkawal di negeri ini, namun, kerajaan negeri Johor tetap memandang serius perkara tersebut.

"Kerajaan Negeri Johor sentiasa melaksanakan usaha secara berterusan untuk membendung penularan fahaman ini dengan melakukan risikan dan pemantauan," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Menjawab soalan Datuk Samsolbari Jamali (BN-Semarang) dan soalan tambahan Datuk Ir Hasni Mohamad (BN-Benut) berhubung inisiatif Kerajaan Negeri Johor menangani liberalisme, Tosrin berkata kerajaan negeri mempertingkatkan usaha mempertahankan akidah rakyat dengan mempergiatkan risikan selain pemantauan berterusan terhadap laman sosial seperti Instagram, Facebook, WhatsApp dan Skype.

Beliau berkata buku-buku berkaitan bahaya liberalisme dan pluralisme agama terhadap akidah turut diterbitkan selain menyebarkan isu berkenaan menerusi khutbah Jumaat.

"Kerjasama dengan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut dilaksanakan bagi memantapkan risikan manakala JAINJ turut bekerjasama dengan Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bagi memberi kefahaman kepada masyarakat tentang ajaran Islam sebenar berteraskan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel