Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Macau Scam: pembantu kedai elektrik rugi RM95,000


Tarikh kemaskini: 01/07/2019





KUANTAN, 1 Julai (Bernama) -- Seorang pembantu kedai elektrik mendakwa kerugian RM95,000 selepas terjerat dalam sindiket Macau Scam sejak Mac lepas. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa yang berusia 34 tahun mendakwa dihubungi seorang wanita pada 8.30 pagi 20 Mac lepas kononnya dari Ibu Pejabat Kontinjen Kelantan.

Suspek mendakwa mangsa terlibat dalam kemalangan langgar lari yang menyebabkan seorang remaja berusia 16 tahun maut, yang dinafikan mangsa. 

"Bagaimanapun suspek menambah nama mangsa juga terlibat dalam kes dadah selain terdapat sebuah akaun bank dengan simpanan RM2 juta di atas nama mangsa yang dikatakan dibuka pada Disember 2018. 

"Akaun itu dikatakan berkaitan dengan jenayah penggubahan wang haram dan kes itu dikatakan sedang dibicarakan di mahkamah," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata, mangsa yang bimbang ditangkap diarahkan berurusan dengan seorang lagi suspek wanita kononnya berpangkat Inspektor, yang dikatakan boleh mengemukakan rayuan kepada hakim. 

'Inspektor' itu kemudian menghubungi mangsa pada 21 Mac lepas memaklumkan 'hakim' bersetuju untuk menangguhkan waran tangkap ke atas mangsa, dengan syarat membayar jaminan dan kos penguam. 

"Mangsa akhirnya membuat sembilan transaksi ke dalam tiga akaun yang diberikan inspektor itu, namun akhirnya mula berasa curiga kerana terus diminta untuk membuat pelbagai bayaran," katanya. 

Mohd Wazir berkata mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel