Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kertas Putih Felda: PDRM sedang jalankan siasatan – Dr Mohd Radzi


Tarikh kemaskini: 01/07/2019





KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melakukan siasatan terperinci berhubung dua daripada lapan transaksi meragukan yang dilaporkan oleh Felda seperti yang terkandung dalam Kertas Putih, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata dua kes itu melibatkan pembelian saham syarikat peladangan Indonesia, Eagle High Plantation dan projek pembangunan Kuala Lumpur Vertical City.

“Sebagai kerajaan yang menekankan pemerintahan mengikut undang-undang, adalah wajar pihak berkuasa diberi ruang bagi melengkapkan siasatan bagi memastikan proses perundangan berjalan berdasarkan rule of law. 

“Untuk baki enam kes yang dibentangkan dalam Kertas Putih, Felda akan mengambil tindakan susulan dalam masa terdekat,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel