Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Permohonan rayuan BSH 2019 dibuka hari ini hingga 15 Ogos


Tarikh kemaskini: 01/07/2019





KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kerajaan membuka permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 mulai hari ini sehingga 15 Ogos untuk memberi ruang kepada orang ramai yang benar-benar layak mendapat program bantuan bersasar bagi golongan berpendapatan rendah (B40) itu.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata, proses tersebut memberi ruang kepada mereka yang tidak layak, mengemukakan rayuan beserta dokumen berkaitan untuk diverifikasi semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

"Pembayaran BSH 2019 fasa kedua dilaksanakan mulai 28 Mei berdasarkan kategori BSH 2019, merangkumi bilangan anak/tanggungan dan jumlah nilai BSH 2019 yang akan diterima. Pembayaran ini dibuat setelah proses verifikasi dijalankan dan melibatkan 3.6 juta penerima diluluskan untuk BSH," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan tersebut, bayaran fasa kedua melibatkan peruntukan RM1.42 bilion, manakala jumlah keseluruhan pembayaran bagi Fasa 1 dan 2 sebanyak RM2.62 bilion. 

Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian di portal BSH https://bsh.hasil.gov.my/ atau hadir ke mana-mana Cawangan/Pusat Khidmat Hasil dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDN.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada bsh@treasury.gov.my bagi maklumat lanjut.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel