Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan komited terhadap penempatan PDRM dan Imigresen bagi isu pelarian Rohingya.


Tarikh kemaskini: 01/07/2019





KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kerajaan komited terhadap penempatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen dapat direalisasikan dalam masa terdekat bagi menyelesaikan masalah pendaftaran pelarian Rohingya yang kini diselia oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, seramai 173 731 jumlah perlarian merangkumi 124 753 pelarian dan 48 978 pemohon suaka telah direkodkan oleh UNHCR sehingga 31 Mei ini.

“Kerajaan telah berunding dengan UNHCR untuk menempatkan kedua-dua agensi ini dalam proses ‘refugee status determination’ … namun masih belum dapat dimuktamadkan,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel