Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Vivian Wong angkat sumpah MP Sandakan


Tarikh kemaskini: 01/07/2019





KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Anggota Parlimen Sandakan yang baharu, Vivian Wong Shir Yee mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat hari ini.

Majlis berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Mohamad Ariff kemudian mengalu-alukan kehadiran Wong, 30, dan mengucapkan tahniah atas kemenangan beliau pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan pada 11 Mei lalu.

"Saya yakin lantikan ini merupakan pengiktirafan rakyat kepada generasi muda untuk menyuarakan aspirasi dan harapan mereka," katanya.

Wong memenangi PRK itu dengan majoriti 11,521 undi menewaskan empat pencabarnya iaitu calon Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Linda Tsen Thau Lin serta tiga calon bebas iaitu Hamzah Abdullah, Chia Siew Yung dan Sulaiman Abdul Samat.

Wong merupakan anak kepada penyandang kerusi Parlimen itu, Datuk Stephen Wong Tien Fatt yang meninggal dunia pada 28 Mac lalu. 

Sementara itu, Dewan Rakyat turut menzahirkan ucapan takziah atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah di Institut Jantung Negara (IJN) pada 22 Mei lalu.

Mohamad Ariff  turut meminta semua anggota Dewan Rakyat bangun dan membaca Al-Fatihah bagi yang beragama Islam dan bertafakur selama satu minit bagi yang bukan Islam.

Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah, 88, merupakan Sultan Pahang kelima dan ayahanda kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel