Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Muhammad Rafiq menang terbuka Singapura


Tarikh kemaskini: 01/07/2019




KUALA LUMPUR, 1 Jun (Bernama) -- Selepas ketandusan sebarang kejuaraan sejak awal tahun ini,  atlet boling negara, Muhammad Rafiq Ismail akhirnya memenangi gelaran pertama musim ini pada Kejohanan Antarabangsa Terbuka Singapura di Singapura.

Olahragawan Negara 2018 itu menjuara kategori lelaki terbuka selepas mengalahkan peserta Korea Selatan, Kim Jun Young 188-180, pada Masters final.

kejayaan itu membolehkan Muhammad Rafiq membawa pulang hadiah wang tunai S$25,000 (RM76,364) manakala Jun Young menerima S$12,000 (RM36,654).

Dalam kategori terbuka wanita, peserta tuan rumah, Bernice Lim mengalahkan rakan senagara, New Hui Fen 214-213 pada saingan Masters final.

Lim dan New masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai $10,000 (RM30,545) dan S$5,000 (RM15,272), selaku juara dan naib juara.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel