Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Chikungunya: 17 kompaun bernilai RM8,500 dikeluarkan


Tarikh kemaskini: 30/06/2019





ALOR SETAR, 30 Jun (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri Kedah mengeluarkan 17 kompaun dengan nilai RM8,500 mengikut Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 kepada pemilik premis yang membiak Aedes di City Plaza di sini setakat ini.

Pengarahnya Datuk Dr Norhizan Ismail berkata kompaun itu dikeluarkan semasa aktiviti kawalan vektor dijalankan di kawasan itu dengan memeriksa 504 premis.

Beliau berkata selain itu sejumlah 14 kompaun bernilai RM7,000 dikeluarkan kepada pemilik premis di bawah akta  sama di Simpang Kuala daripada jumlah keseluruhan 253 premis di situ yang diperiksa pihaknya sehingga semalam.

"Tiada pertambahan kes dilaporkan dari kedua-dua lokaliti wabak (Chikungunya) pada 28 dan 29 Jun 2019, menjadikan kumulatif kes dalam wabak di City Plaza kekal 30, dan wabak di Simpang Kuala kekal dengan tujuh kes. Keadaan kesemua kes adalah stabil," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Dr Norhizan berkata pejabat kesihatan daerah sedang menjalankan tindakan pencegahan dan kawalan antaranya pengesanan kes secara aktif (ACD) sedang dijalankan di sekitar kawasan terlibat dan mempromosi kesihatan kepada penduduk setempat.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai gejala demam dan sakit sendi terutama penduduk di sekitar lokaliti terlibat dinasihatkan agar mendapatkan rawatan lanjut di fasiliti kesihatan berdekatan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel