Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tawar 'pakej lengkap' khidmat seks : 34 wanita ditahan - Polis


Tarikh kemaskini: 30/06/2019





KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Gara-gara menawarkan khidmat seks ‘pakej lengkap’ dengan harga RM170 sejam, seramai 34 wanita warga asing yang dipercayai menjalankan kegiatan pelacuran ditahan polis dalam Operasi Noda (Op Noda), semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman Datuk Rohaimi Md Isa berkata Op Noda di empat premis termasuk pusat urut di Dataran Mentari, Petaling Jaya, di sini, bermula 11 malam itu dilakukan bersama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Beliau berkata kesemua wanita yang ditahan itu berusia antara 19 dan 41 tahun dan pakej yang ditawarkan termasuk hiburan dan urut badan.

“Mereka ini terdiri daripada 24 warga Vietnam, enam Thailand dan empat lagi Indonesia. Selain itu, polis turut menahan lima lelaki tempatan yang berperanan sebagai penjaga premis berusia 26 hingga 41 tahun.

“Hasil risikan, kesemua premis itu beroperasi pada setiap hari mulai 12 tengah hari sehingga 4 pagi manakala pintu masuk premis pula bermagnet iaitu penjaga premis akan membuka pintu menggunakan alat kawalan jauh dari dalam sekiranya ada pelanggan yang datang,” katanya dalam kenyataan.

Rohaimi berkata premis juga didapati menggunakan modus operandi dengan beroperasi di kawasan deretan kedai yang di kelilingi restoran.

“Hasil siasatan mendapati, penjaga premis ini mempergunakan gadis Vietnam, Indonesia dan Thailand dengan menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.

Seramai enam pelanggan turut ditahan ketika serbuan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bagi membantu siasatan,”katanya.

Rohaimi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan (KK) kerana terlibat kegiatan persundalan selain Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat Tempat Hiburan (EHDTTH).

Berikutan itu,  siasatan mengikut Seksyen 39b Peraturan Imigresen, Seksyen 55B dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dibuat terhadap tangkapan wanita warga asing atas pelbagai kesalahan imigresen.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel