UpI8yMk_sGM Zahid tamatkan cuti, kembali galas tugas Presiden UMNO
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Zahid tamatkan cuti, kembali galas tugas Presiden UMNO


Tarikh kemaskini: 30/06/2019





IPOH, 30 Jun (Bernama) -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan akan menyambung semula tugas sebagai presiden UMNO berkuat kuasa hari ini selepas bercuti daripada jawatan tersebut sejak 18 Disember tahun lalu.

"Oleh kerana hari ini genap setahun saya dipilih bukan dilantik oleh perwakilan UMNO, seluruh negara dari 191 bahagian maka genap setahun ini cukup signifikan dan penting bagi saya. 

"Oleh yang demikian, hari ini saya ingin mengumumkan bahawa saya menamatkan cuti sebagai Presiden UMNO bermula hari ini. Ini bererti bahawa mulai hari ini saya akan terus menyambung tugas sebagai Presiden UMNO Malaysia," katanya. 

Beliau membuat pengumuman itu pada majlis Sambutan Aidilfitri Parlimen Bagan Datuk di Kompleks UMNO Bagan Datuk hari ini.

Pengumum itu disiarkan secara langsung di Facebook Ahmad Zahid. 

Pada 18 Dis lalu, Ahmad Zahid bersetuju menyerahkan sementara tugas presiden kepada timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan atas alasan demi kepentingan pimpinan dan parti. 

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel