Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Wakil negara juara Tenis Remaja Asia NAAM 14&U Langkawi 2019


Tarikh kemaskini: 30/06/2019




LANGKAWI, 30 Jun (Bernama) -- Pemain negara Muhammad Zhahin Ielyas Kamarul Zaman muncul juara perseorangan lelaki, Kejohanan Tenis Remaja Asia NAAM 14&U Langkawi 2019, selepas menewaskan Nikhil Mukherjee dari India, pada aksi final di Kompleks Sukan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) di sini hari ini.

Menepati selaku pilihan pertama kejohanan, Muhammad Zhahin Ielyas mengalahkan lawannya itu, 6-2, 6-7(5), 6-4.

Kategori perseorangan wanita juga diungguli wakil negara selepas pemain pelapis kebangsaan yang juga juara bertahan kejohanan, Iman Syuhada Abdullah, menewaskan rakan senegara Dania Melati Fahrol Rodzi 6-0, 6-2.

Iman Syuhada yang kemudiannya berpasangan dengan Dania Melati, dengan cemerlang mengetepikan cabaran gandingan Uyenmy Dao (Vietnam) dan Kayleigh Lim (Singapore) 6-1, 6-2 bagi menjuarai kategori beregu wanita.

Pasangan Minh Tuan Dinh Viet dan Minhthien Nguyen dari Vietnam pula merangkul kejuaraan beregu lelaki selepas menewaskan gandingan Ethan Maan (Singapura) dan Nikhil Mukherjee (India), 6-2, 7-6 (7).

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Pengerusi NAAM Group, Datuk Dr Ravi Ponniah dan Pengurus Pelancongan LADA Maebel Leong Sai Fong. Hadir sama Pengarah kejohanan, Datuk Sayed Alfeizal Sayed Ahmad.

Kejohanan edisi ketiga anjuran Persatuan Tenis Kedah itu, menarik penyertaan 75 pemain dari 14 negara.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel