Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lombong mangan di Kuala Koh disita


Tarikh kemaskini: 30/06/2019





KOTA BHARU, 30 Jun (Bernama) -- Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) menyita lombong bijih mangan di Aring 11 Kuala Koh, Gua Musang sejak 11 Jun lepas, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata lombong itu disita kerana tidak mendapat skim kebenaran daripada JMG.

"Lesen kebenaran dikeluarkan oleh kerajaan negeri, manakala kebenaran atau skim melombong perlu mendapat kelulusan daripada JMG.

“Syarikat perlombongan memiliki lesen daripada kerajaan negeri, namun tidak mempunyai skim kebenaran daripada JMG," katanya ketika ditemui selepas merasmikan as-Salihin cawangan Pantai Timur, di Lembah Sireh, hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Datuk Husam Musa meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat aktiviti perlombongan tanpa kebenaran di Kuala Koh.

Beliau berkata atas faktor terbabit, JMG menyita lombong itu pada 11 Jun lalu sehingga mendapat kebenaran semula (untuk melombong).

"Kebenaran melakukan operasi melombong yang dikeluarkan oleh kerajaan pusat sudah tamat tempoh pada 2017, namun aktiviti itu masih diteruskan sehingga kini," katanya.

Dalam perkembangan lain berhubung tuntutan royalti minyak, Ahmad berkata sehingga kini kerajaan negeri sudah memenuhi syarat dengan menarik balik saman sebagaimana yang diminta kerajaan persekutuan.

“Proses penarikan saman sudah diselesaikan di semua peringkat dan kerajaan negeri kini menunggu maklum balas daripada kerajaan persekutuan.

“Kita belum menerima apa-apa berita dan berharap kerajaan (pusat) mempercepatkan proses pembayaran wang royalti itu bagi membolehkan wang berkenaan digunakan untuk kebajikan termasuk infrastruktur, kesihatan, kebersihan, masalah air, bantuan orang kurang upaya (OKU) dan peluang pekerjaan kepada rakyat,” katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel