Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Agensi keusahawanan perlu permudah urusan usahawan


Tarikh kemaskini: 30/06/2019





PARIT, 30 Jun (Bernama) -- Semua agensi yang berkaitan dengan keusahawanan diminta  sentiasa membimbing dan mempermudahkan segala urusan termasuk bantuan pinjaman terutama melibatkan usahawan wanita.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri Perak, Asmuni Awi berkata usaha sedemikian dapat menggalakkan lebih ramai terlibat dalam bidang keusahawanan. 

“Saya yakin sekiranya mereka ini dapat dibantu, industri keusahawanan akan berkembang maju dan usahawan dapat meraih pendapatan lumayan dan menyara keluarga, “ katanya kepada Bernama selepas merasmikan Majlis Penutup Seminar Usahawanita 2019 di Seri Iskandar, di sini hari ini.

Seramai 129 usahawan dari pelbagai bidang dari daerah Perak Tengah dan Manjung hadir ke seminar sehari anjuran Pertubuhan Kesedaran Pengguna Perak (Penyedar) itu.

Asmuni berkata pihaknya sedang berusaha mendapatkan kerjasama daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) agar dapat membuka pejabat di Pusat Pembangunan Usahawan, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) di sini, bersama agensi lain seperti SME Corporation Malaysia (SME Corp), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Tekun Nasional.

“Dengan kehadiran SSM itu nanti, pusat  sehenti kepada usahawan dan bakal usahawan akan lebih lengkap untuk mereka mendapat maklumat berkaitan inisiatif kerajaan, pembiayaan serta pinjaman kewangan,” katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel