Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

SPAN diarah siasat pencemaran LRA Sungai Semenyih


Tarikh kemaskini: 30/06/2019





KUALA LANGAT, 30 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah diarahkan membuat siasatan terhadap insiden pencemaran Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dekat sini, Khamis lepas.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata siasatan itu bertujuan untuk melihat punca sebenar kejadian selain mengesan pihak yang bertanggungjawab terhadap insiden tersebut.

"Saya telah minta SPAN untuk buat siasatan dari mana datangnya punca sebenar pencemaran ini.

" Buat masa ini kita masih menunggu laporan penuh dari pihak SPAN  dan kita kena tunggu sehingga siasatan itu selesai untuk melihat apakah tindakan yang boleh diambil, "katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kuala Langat dan Dewan Undangan Negeri Sijangkang.

Dalam insiden Rabu lepas,  Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan memaklumkan LRA Sungai Semenyih diarah henti tugas susulan pencemaran bau dipercayai dari sebuah kilang memproses sawit yang telah diarah tutup untuk siasatan.

Bagaimanapun LRA Sungai Semenyih mula beroperasi  6 pagi pada Khamis.

Dalam pada itu, Xavier mengingatkan pihak berkaitan supaya mematuhi undang-undang dengan tidak membina bangunan dan kilang di kawasan berdekatan sungai.

"Jika ada nak buat pembangunan, jaraknya ditentukan dengan jarak sungai, kalau jarak sungai 50 meter...simpanan tanah depan, kiri kanan, ada 50 meter, lepas 50 meter (dari sungai) baru boleh bina apa-apa," katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel