VYHHX7eChM0 30 pelajar, guru dirujuk ke klinik kesihatan akibat gangguan kesihatan di Pasir Gudang
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

30 pelajar, guru dirujuk ke klinik kesihatan akibat gangguan kesihatan di Pasir Gudang


Tarikh kemaskini: 30/06/2019





JOHOR BAHRU, 30 Jun (Bernama) -- Seramai 30 orang pelajar dan guru daripada 15 buah sekolah di Pasir Gudang dirujuk ke klinik kesihatan berikutan mengalami simptom muntah dan pening-pening pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata pada awalnya 130 pelajar yang didapati mengalami gangguan kesihatan berkenaan, tetapi selepas saringan hanya 30 orang termasuk tiga orang guru dirujuk ke Klinik Kesihatan Masai dan Pasir Gudang.

Bagaimanapun menurutnya, sesi persekolahan akan berjalan seperti biasa.

“Hari ini sekolah tidak tutup dan sesi persekolahan akan berjalan seperti biasa. Cuma dinasihatkan kepada pihak sekolah jika pelajar ada simptom berkenaan segera bawa ke klinik kesihatan.

“Untuk makluman, dari pagi tadi hasil pemeriksaan Pasir Gudang Mutual Aid (Pagema) juga menunjukkan bacaan kualiti udara masih berada pada tahap yang normal,” katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Kopok di sini, hari ini.            

Menurutnya, kebanyakan pelajar yang mengalami simptom berkenaan adalah yang  berada di tingkat atas.

“Jadi esok kita akan letakkan mereka di  tingkat bawah sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.

Sebanyak 111 buah sekolah rendah dan menengah di Pasir Gudang mula dibuka semula pada hari ini setelah ditutup semenjak Selasa lepas.

Namun baru beberapa jam sesi persekolahan, gangguan kesihatan itu kembali menghantui beberapa sekolah di kawasan sama.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Azman Adnan ketika ditemui awal pagi tadi memaklumkan tiada sesi persekolahan ganti bagi kesemua 111 buah sekolah itu.

Menurutnya, dalam masa sama Jabatan Kesihatan negeri juga akan memberikan Taklimat Keselamatan dan Pencegahan kepada 18 buah sekolah hari ini termasuklah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Puteri Resort, SMK Taman Nusa Damai, SK Pasir Gudang Empat dan SK Kopok hari ini.            

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel