MhGOB12lHKQ Gangguan kesihatan di beberapa sekolah di Pasir Gudang kembali
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Gangguan kesihatan di beberapa sekolah di Pasir Gudang kembali


Tarikh kemaskini: 30/06/2019





JOHOR BAHRU, 30 Jun (Bernama) -- Baru beberapa jam sesi persekolahan di kawasan Pasir Gudang bermula setelah semua sekolah di situ diarahkan tutup Selasa lepas, gangguan kesihatan berupa sesak nafas dan muntah-muntah kembali menghantui beberapa sekolah di kawasan sama.

Wartawan Bernama yang ditugaskan untuk membuat liputan sekolah dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Kopok pada kira-kira 8.30 pagi tadi, menyaksikan sendiri insiden itu yang mana beberapa pelajar dan guru pengsan, di depan mata.

Selain sekolah itu, difahamkan turut terjejas ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort, SMK Seri Alam Dua, SK Taman Pasir Putih, SK Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sungai Plentong, SMK Taman Nusa Damai dan SK Taman Cendana.

Sekurang-kurangnya tiga ambulans daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Hospital Sultan Ismail dikejarkan ke sekolah berkenaan dipercayai untuk membawa keluar pelajar yang terjejas.

Ibu bapa pelajar juga turut kelihatan membawa anak mereka pulang ke rumah masing-masing.

Sehingga kini, tiada pengesahan berapa jumlah pelajar yang terlibat.

Beberapa mangsa pula kini, dipercayai sudah dibawa ke Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan klinik kesihatan terdekat untuk diberi rawatan awal.

Stadium itu sebelum ini dijadikan oleh pihak berkuat kuasa sebagai Bilik Operasi Gerakan Pemantauan kes terbabit.

Sementara itu, usaha untuk menemu bual kakitangan dan guru terlibat tidak berjaya kerana mereka dilarang untuk memberi sebarang kenyataan.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Wakil jabatan audit mengaku rakam mesyuarat "pinda laporan audit 1MDB"

 
     

Pasukan audit 1MDB terkejut dengar gugur penyata kewangan - Saksi

 
     

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel