Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PAFA akan adakan mesyuarat agihan tiket final Piala FA


Tarikh kemaskini: 30/06/2019





IPOH, 30 Jun (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) akan mengadakan satu mesyuarat khas mengenai penjualan tiket final Piala FA 2019 dalam masa terdekat.

Presidennya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata mesyuarat tersebut bertujuan membincangkan mengenai pembahagian jualan tiket di semua daerah di negeri ini. 

"Kita tidak boleh nafikan hak atau kemampuan persatuan gabungan seluruh negeri, peringkat daerah tetapi pembahagian tiket ke peringkat daerah akan dibuat oleh PAFA sendiri.

"Supaya bunyi (isu) berkenaan ketirisan tidak kedengaran jadi kita (PAFA) akan uruskannya secara profesional dan perkara ini kita akan bincang dengan lebih mendalam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Belia Negara peringkat negeri di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Faizal berkata pihaknya berkemungkinan akan menggunakan kaedah sama seperti penjualan tiket separuh akhir kedua Piala FA iaitu secara dalam talian dan di Stadium Perak di sini. 

Dalam pada itu, ditanya mengenai bonus RM150,000 yang diumumkan kerajaan negeri kepada pasukan bola sepak Perak, Ahmad Faizal berkata ia akan diberikan secepat mungkin.

"Kita akan berikan segera kalau boleh sebelum final dan saya serahkan kepada pengurusan pasukan untuk pembahagian bonus berkenaan," katanya.

Perak mengesahkan tempat ke final Piala FA 2019 dengan agregat 4-3 ke atas Pahang setelah menundukkan skuad Tok Gajah itu 3-0 pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Perak, di sini, malam tadi. 

Sementara itu, lebih 10,000 pengunjung hadir pada sambutan Hari Belia Negara peringkat negeri yang diadakan selama tiga hari mulai Jumaat lepas.

Pelbagai aktiviti diisi sepanjang sambutan itu antaranya karnival usahawan belia, seminar penyediaan sijil halal, karnival sukan OKU, anugerah perdana belia, battle of the band dan festival dram. 

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel