Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tanah rizab Melayu Johor seluas 557,518 hektar sehingga April - MB


Tarikh kemaskini: 30/06/2019





ISKANDAR PUTERI, 30 Jun (Bernama) -- Keluasan tanah rizab Melayu di negeri ini bertambah kepada 557,518 hektar sehingga April lepas berbanding 557,287 hektar pada Disember tahun lepas.

Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata Kulai merupakan daerah yang merekod keluasan tanah rizab Melayu tertinggi iaitu 75.64 hektar, diikuti Kota Tinggi seluas 49.354 hektar manakala Pengerang seluas 34.54 hektar.

"Dalam rekod yang ada pada saya, sehingga April 2019 pertambahan jumlah keluasan tanah rizab Melayu sejak Pakatan Harapan (PH) meneraju kepimpinan Johor adalah sebanyak 230.24 hektar," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Muhamad Said Jonit (PH-Mahkota) yang ingin tahu jumlah tanah rizab Melayu sejak kerajaan PH mengambil alih kepimpinan negeri.

Dr Sahruddin menegaskan kerajaan negeri amat komited dalam soal memelihara kepentingan Bumiputera.

Beliau berkata kerajaan negeri juga akan terus berusaha memastikan tanah rizab Melayu terpelihara kerana perkara berkenaan amat penting dalam menjaga hak orang Melayu, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, khususnya dalam bidang hartanah dan perumahan.

"Walaupun negeri Johor merupakan pilihan pelabur dalam dan luar negara ke negeri ini tetapi kerajaan negeri sedar akan kepentingan untuk memelihara dan memastikan rizab Melayu ini terus menjadi keutamaan kerajaan negeri," katanya.

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel