8mcotBikljY Tiada sesi ganti bagi sekolah di Pasir Gudang
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiada sesi ganti bagi sekolah di Pasir Gudang


Tarikh kemaskini: 30/06/2019





JOHOR BAHRU, 30 Jun (Bernama) -- Tiada sesi persekolahan ganti bagi kesemua 111 sekolah kebangsaan dan menengah yang ditutup di Pasir Gudang sejak Selasa lepas (25 Jun) akibat gangguan kesihatan sesak nafas dan muntah-muntah dalam kalangan pelajar.

Pengarah Pendidikan Johor Azman Adnan berkata bagaimanapun, beliau akan memastikan pihak sekolah melakukan penjajaran sekiranya berlaku defisit pembelajaran semasa tempoh penutupan sekolah tersebut.

"Kita akan memastikan bahawa sekiranya berlaku defisit pembelajaran semasa cuti tempoh hari, penjajaran akan dibuat pihak sekolah melalui aktiviti pembelajaran yang tertentu. Itu (penjajaran) kita akan serahkan kepada pihak sekolah.

"Penjajaran itu termasuklah kelas tambahan, tetapi semasa tempoh penutupan JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) telah menyediakan pelbagai bahan pembelajaran alternatif menerusi aplikasi WhatsApp, Telegram, email, VLE dan Eduweb Tv,” katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Gudang Empat, di sini hari ini.

Azman berkata, secara keseluruhannya, sekolah beroperasi seperti biasa hari ini dan kehadiran para pelajar berada pada tahap yang baik.

"Setakat ini sesi persekolahan berjalan seperti biasa dan pelajar juga nampaknya tidak sabar untuk memulakan sesi persekolahan hari ini,” katanya.

Beliau berkata, dalam masa sama, Jabatan Kesihatan negeri juga akan memberikan taklimat keselamatan dan pencegahan kepada 18 sekolah hari ini termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort, SMK Taman Nusa Damai, SK Pasir Gudang Empat dan SK Kopok.

"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan atas usaha dan inisiatif untuk membantu.

"Ini merupakan support sistem yang diberi kepada pihak sekolah sebagai langkah kesiapsiagaan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel