EpgpVnD5CEU Kereta Terjunam ke Sungai Santap, Operasi Mencari dan Menyelamat Dilancarkan
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kereta Terjunam ke Sungai Santap, Operasi Mencari dan Menyelamat Dilancarkan


Tarikh kemaskini: 30/06/2019




ALOR SETAR, 30 Jun (Bernama) -- Sebuah kereta terbabas lalu terjunam ke dalam Sungai Santap, Pokok Sena malam tadi.

Bagaimanapun, setakat ini belum diketahui keadaan dan jumlah mangsa dalam kenderaan itu.

Komander Operasi Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Penguasa Bomba Y Anbarasan berkata, pihaknya menerima panggilan 11.08 malam berhubung kes itu.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena tiba di lokasi 11.53 malam untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Katanya, seramai 19 anggota terbabit dalam operasi SAR itu dan turut dibantu lima anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Jitra.

“Setakat ini kita sudah mengenal pasti kedudukan kereta berkenaan dan anggota BBP Pokok Sena sudah menanda kedudukan kereta berkenaan selepas 30 minit pencarian dilakukan.

“Usaha menaikkan kenderaan itu sedang dilakukan setakat ini,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Anbarasan berkata, kedalaman sungai itu adalah tiga meter dan proses kerja menaikkan kenderaan berkenaan masih lagi dijalankan hingga kini.

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel